cb's FotoPage

By: cb lee

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Monday, 30-Jul-2007 11:01 Email | Share | | Bookmark

Mentari hampir tegak di kepala. Aku tergesa-gesa ke Tunas Manja (supermarket) membeli sedikit barang, bahan-bahan untuk umi masak makan tengahari. Hari ini Umi masak kari kambing dengan nasi pandan. Sebut saja kari kambing dan nasi pandan, cair liur aku.
Setelah selesai berurusan di kaunter membayar segala bahan yang aku beli, segera aku pulang. Hampir sampai di rumah, tiba-tiba HP aku berbunyi, sms masuk. segera aku membacanya... PENATLA.
aku berhenti, mengubah haluan kembali ke pasaraya. Sampai ke pasaraya aku terus ke rak barangan kek. aku mencari barang yang tertera pada HP aku. PENATLA. Puas aku mencari dan jenama itu tidak aku temui. aku minta bantuan kepada salah seorang pekerja. katanya, "Saya pun tak pernah dengar... barang apa ni!"
Akhirnya aku tel. umi. "Umi apa barang yang umi suruh beli tu?" dah jenuh pusing supermarket, dah semua rak aku ronda, dah ramai pekerja aku tanya, tetapi semua tidak tahu dan tidak kenal barang itu.
Biasanya kalau masuhksms dari Umi maknanya suruh beli barang. Setelah umi terbabit secara serius dalam industri kek ni, banyak jenama barangan baru yang tidak pernah aku kenal, tetapi aku yang beli. Jadi aku sangka PENATLA adalah barang yang umi suruh aku beli.
Sebaik sahaja aku tel umi, dia ketawa terbahak-bahak. Tak tahulah aku umi terkencing atau tidak. "Itu bukan barang... zati penat.. sms tadi zati kata zati penatlah.. kerja rumah banyak hari ini.
Kepala aku jadi bengang sekejap. Geram dan lucu berbaur! Aku akhirnya ikut ketawa.




[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net